PERNAH KERJA AWET MAYAT


 FORENSIT MAYAT



AWET MAYAT

Tadi terbaca satu jurnal berkaitan Proses Mengawet Mayat, teringat semasa bertugas di KL.

Mukin yang tidak pernah atau tibak berpeluang untuk melihat secara LIVE bagaimana mayat diawet oleh tukang awet mayat kan?

Alahmdullilah....Saya berkesempatan semasa berkhidmatan di ATM dimana selepas tamat khursusdalam masa 3 hari aja terus diberi tugasan untuk membuat repot berkaitan kematian seorang kawan akibat kemalangan jalan raya.

Telah menjadi kebiasaan apa bila kematian pihak insurans akan mengenakan syarat kepada mayat untuk dibuat Post Morten bagi melayakan waris menerima pampasan insurans yang dibeli oleh simati.

Macam biasa selepas mayat disiap di buat post-morten di HKL, maka mayat simati akan dibawa oleh pihak pengurusan kementerian untuk dibuat persiapan untuk diterbangkan ke tempat asal simati iaitu di Sabah. sebelum penerangan dijadual pada jam lebih kurang 430 petang... maka tugas aku bermula disebelah pagi...

Semua orang sibuk menunggu mayat tiba dari HKL... yang aku pulak tak senang duduk sebab ini adalah tugasan pertama yang mana aku perlu mengambil gambar setiap inci tubuh mayat yang akan dibuat penawetan oleh seorang juru awet berbangsa cina... (dalam bilik hanya aku dengan tokey cina).

tepat dalam 1030 bagi aku nampak van jenazah yang bawa mayat sampai dan ramai orang berlari untuk menyambut mayat untuk dibawa ke bilik khas dimana untuk diwet... (peluh aku dah bermula).

Hampir 30 minit persiapan dibuat oleh kawanx dengan membawa mayat ke dalam bilik khas tu... kerja aku sudah bermula...

Bayangkan dalam bilik yang berhawa dingin...dengan balang kaca berisi air ubat untuk diawet... dengan balang kosong yang aku sendiri tidak tahun apa fungsi dia... (jap lagi aku cerita apa fungsi balkang kaca kosong tu)....









Hampir semua selesai letak mayat atas katil khas..maka BERMULA KISAH BARU bagi aku...

Tokey cina maklumkan pada aku bahawaa jap lagi bila mula belah perut untuk keluarkan ISI DALAM badan akan rasa bau yang kurang enak.. BAU hanyir... tokey cina kalau tak tahan bau dia suruh aku keluar tinggalkan dia sorang dalam bilik untuk uruskan awet mayat tu...

Dengan tanggungjawab yang diberikan pada aku pada tu sebagai staf yang dipertangujawbkan uruskan forensit ATM aku kuatkan semagat untuk teruskan tugas yang telah diberikan untuk dijalankan dengan baik dan sempurna...

Setiap inci tubuh mayat dipotong dan dibelah dengan pisau mata yang cukup halus maka aku hampir pening sekejap dengan bau cukup hanyir...mukin masa mayat agak terlalu lama dan mukin ada bahagian daging yg mula busuk akibat kemalangan..
Semua isi perut dikeluarkan, limpa, perut, jangtung, usus perut dan segala bahan dalam perut diikat dan dipotong dan diletak di atas dulang bagi proses memasukan sejenis cecair (ubat pengawet)...

Disinilah balang-balang kosong digunakan....

2 balang kosong digunakan untuk mengeluarkan darah darah dalam badan mayat.... (bayangkan darah kita kalau dipam darah keluar hampir 2 balang)

dan 2 balang berisi cecair bahan pengawet plak dipam masuk untuk mengantikan darah dalam badan simati..
     
Gambar contoh

Hampir 2 jam kerja-kerja pengawet badan dilakukan, maka kerja-kerja memasukan semula bahan-bahan dalam badan tadi dibuat....

Betul la upah tukang awet mahal...sebab kerja-kerja dia dah macam kerja seorang MA di hospital...

selepas semua organ dalaman dimasukan...tokye cina mula chek balik setiap inci badan mayat tidak ada darah dalam isi atau dalam kulit....

begitu teliti kerja-kerja awet dibuat....

Pertama kali bagi aku bila tgok lidah dipotong dan dikeluarkan dari dalam badan.. (kita bukan doktor atau MA)... tu yang teruja...

hampir 3 jam aku dalam bilik khas tu... aku mula pening... bau hanyir dengan ubat bercampur.. hidung aku dah mula tak berfungsi...walaupun tauke cina tu bagi aku penutup mulut hidung...

Hampir siap mayat diawet... tauke cina tu mula simpan darah yang dikeluarkan dalam badan simati tadi... (2 balang hampir penuh)...

Selesai tauke cina itu make-up muka mayat... (masuk celak, bedak, listik, pwrder...) baru aku tarik nafas panjang..... sebab ingat dah habis... tapi belum lagi....

Sekali lagi aku diminta tolong oleh tauke cina tu untuk tukar pakaian simati kepada pakaian rasmi perkhidmatan... sekali lagi jiwa aku diuji...

dengan dua orang aja aku dengan tauke cina tu bagi kerjax tukar pakaian... bayangkan muka aku hampir dengan perut simati yang berjahit tadi... bau ubat dengan hanyir masih kuat lagi... (sebab minyak wangin dia sempur selepas siap sepenuhnya...

Dah siap semua aku duduk jap hilangkan penat...sambil tu aku pandang mayat tu... sekali-kali aku tgok mayat tu mcm terseyum pada aku... (seram ooo) dah tauke tu keluar p simpan balang darah dalam van dia... tingal aku sorang dalam bilik tu... mcmx perasaan bermain dalam kepala aku...

dalm 10 minit aku dengar tauke tu masuk dengan yang lain untuk uruskan mayat dimasukan dalam kopit khas untuk diterbangkan ke Sabah...

Sejak hari tu aku x makan daging selama 6 bulan lebih sebab teringat post-mortem mayat....

Alhamdullilah...tu pengalaman yang aku dapat semasa berkhidmat... aku doakan semoga simati aman disana....



























Comments

Popular posts from this blog

KURSUS TALI ARAS TINGGI (HIGHROPE - LEVEL 1)

BIOGRAFI ABDUL RAHMAN BIN HUSSIN