KUNJUNG HORMAT KEATAS PENGARAH BELIA DAN SUKAN NEGERI KEDAH
KUNJUNG HORMAT KEATAS PENGARAH JABATAN BELIA DAN
SUKAN NEGERI KEDAH
SUKAN NEGERI KEDAH
Date: 30 April 2018
Lokasi: DI KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
Lokasi: DI KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
ANAK BUKIT, ALOR SETAR, KEDAH
Alhamdullilah dan sykur kepada Allah sekali lagi saya diberi peluang yang kedua untuk berjumpa insan yang hebat di dalam Negeri Kedah iaitu Tuan Haji Mohd Salleh bin Ramli selaku Pengarah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Darul Aman, bersama Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Rhusma Enterprise, yang terdiri daripada Pegawai Eksekutif EscapeZONE Kedah Puan Saridarul Azrina dan Pegawai Kewangan Syarikat Cik. Nurul Atikah.
Kunjung hormat ini dibuat diatas pelawaan Tuan Pengarah JBSNK semasa majlis penutupan Kursus Tali Tinggi di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, pada pertengahan bulan April yang lalu, semasa saya terlibat menjadi peserta kursus.
Sekitar pertemuan yang agak singkat ini, saya sempat untuk menerangkan perancangan dan plan pembangunan yang bakal dilaksanakan di Gunung Keriang dari segi pembagunan rekreasi, nanum atas pengalam Tn Pengarah dalam bidang kerekreasian maka dengan mudah beliau memahami segala penerangan ringkas dalam hala tuju pembangunan dalam bidang industri rekreasi di Malaysia secara amnya.
Dalam pertemuan kali kedua ini, saya sempat menerangkan maksud dan tujuan EscapeZONE Kedah ditubuhkan di Gunung Keriang, ianya bukan sekadar sebagai hobi atau trend masa kini dengan melakukan aktiviti mendaki di gunung-gunung di Malaysia, tetapi ianya lebih kepada pembangunan Insan atau belia itu sendiri untuk lebih berdaya maju dalam bidang industri rekreasi serta bidang sukan rekreasi yang lebih kompetitif.
Plan dan perancang yang lebih teratur bagi masa 10 hingga 20 tahun perlu dilihat dirancang dengan teliti untuk mengerakan perkembangan belia kearah industri rekreasi itu sendiri. Inilah matlamat yang hendak dicapai oleh EscapeZONE Kedah, dan ianya tidak memberi cabaran atau saingan kepada mana-mana individu atau organisasi yang bergait aktif dalam bidang rekreasi, kerana kami di EscepZONE Kedah mempunyai pandangan dan hala tuju yang berlain dan lebih kompetitif dari segi kemajuan industri rekreasi itu sendiri.
Ini adalah titik permulaan bagi perjalanan yang lebih jauh dan lebih memcabar dengan dugaan yang bakal mendatang, semoga dengan niat yang baik, dapat dibalas dengan kejayaan yang baik demi melihat anak bangsa dan belia mempunyai matlamat yang lebih jauh dan jelas dalam apa mereka perolehi sekarang.
Terima kasih sekali lagi kpeada Tuan Haji Mohd Salleh bin Ramli Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah atas kesudian dan kelapangan masa untuk menerima kunjungan daripada kami di EscapeZONE Kedah. Semoga apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan, dengan kerjsama dengan pihak JBSNK demi pembangunan industri rekreasi belia setempat.
Insya ALLAH kami di EscapeZONE Kedah akan memberi yang terbaik dalam semua perkidmatan yang disediakan untuk anda semua, kami berusaha untuk mendapatkan yang TERBAIK dari yang TERBAIK dengan kesempurnaan.
Pn. Saridatul Azrina binti Jamaluddin selaku Pegawai Eksekutif EscapeZONE Kedah) bersama Cik.Nurul Atikah binti Che Halim Pegawai Kewangan Syarikat Rhusma Enterprise. |
Comments
Post a Comment