KERJASAMA EKONOMI 2 HALA


JALINAN KERJASAMA ERAT HUBUNGAN 2 HALA
ALUMNI - ZAKAT KEDAH 





Alhamdulliah dan syukur kehadrat Allah SWT dengan izinnya satu lagi detik bersejarah dilakarkan oleh Persatuan Bekas Pelajar Alumni SMK Seri Gunung, Alor Setar, Kedah, dimana pada kali ini Lembaga Zakat Negeri Kedah telah memilih Alumni sebagai Alumni yaang pertama diluluskan sebagai Agent Amil didalam Negeri Kedah Darulaman.

Detik sejarah ini telah dirakamkan pada 30 Jan 2020 bersamaan 5 Jamadilakhir 1441 di Pejabat Lembaga ZAKAT Negeri Kedah Darulaman, yang mana saya mewakili Pengerusi Alumni bagi majlis Menandatangi Kesefahaman (MoU) diantara Alumni dengan pihak LZNK yang mana diwakili oleh Pegawai Ketua Bahagian Koporat ZAKAT Kedah.

Adalah menjadi harapan saya dan Jawatankuasa Majlis Tertinggi Alumni untuk melihat ALUMNI SMK Seri Gunung adalah ALUMNI yang berjaya dalam usaha membantu dan menguruskan kebajikan ahli, masyarakat dan penduduk disekitar dan kawasan Gunung Keriang, dan menjadikan alumni sebagai Hub pengeluar ZAKAT yang terbesar bagi kategori Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta berupaya menjadi "role model" kepada alumni yang lain.
















Saya berharap agar semua pihak iaitu bekas pelajar, guru dan staf yang penah menuntut atau bertugas di SMK Seri Gunung agar dapat bernaug dibawah satu nama untuk bersama-sama kita salurkan bantuan yang diperolehi demi mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh waris kit, dan sejak tahun 2015 pihak alumni telah membuka seluas-luasan penyertaan dari mana-mana kumpulan kecil alumni SMKSG untuk didaftran secara sah dibawah Persatuan Bekas Pelajar Alumni SMKSG sebagai sub alumni kecil mengikut tahun (intake).

Kami dipihak Majlis Tertinggi Alumni sentiasa mengamalkan sikap keterbukaan dalam mendengar sebarang masalah yang timbul berkaitan kebajikan, pengajian dan juga sosial-ekonomi yang berbangkit dikalangan penduduk untuk pihak kami salurakan kepada pihak yang bertangungjawab untuk membantu dan menyelesaikan masalah yang berbangkit.

Insya Allah, jika diberi keizinan dan kelancaran pentadbiran, akan lebih banyak lagi jalinan kerjasama akan dibentuk oleh jabatan, agensi dan badan-badan koporat yang lain untuk memperkasakan lagi sumber ekonomi dan dana alumni untuk pihak menyalurkan seberapa banyak agihan bantuan kepada penduduk setempat dan akan diperluaskan lagi dari segi pemberikan geran peniaga kecil, geran program, dan juga membuka peluang perniagaan melalui alumni sendiri.

Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah Darulaman, semoga kepercayaan ini didapat pihak alumni membalas dengan memperolehi pungutan zakat demi pembangunan ekonomi umat Islam dan dapat diagihkan kembali kepada masyarakat diseluruh Negeri Kedah dalam usaha membasmi kemiskinan umat Islam secara dasar.

Akhir sekali, dengan lafaz kalimah suci Maha Suci Allah, saya mengumumkan bahawa operasi penerimaan ZAKAT melalui alumni dibuka mulai 01 Februari 2020, dan dengan adanya program Jom ZAKAT ini kita berharap dapat menyelesaikan sebahagian kecil masalah pada 3 asnaf yang berada di kawasan tanggungjawab pihak alumni.









Abdul Rahman bin Hussin
Ketua Setiausaha
Persatuan Bekas Pelajar ALUMNI SMK Seri Gunung


Comments

Popular posts from this blog

PERNAH KERJA AWET MAYAT

KURSUS TALI ARAS TINGGI (HIGHROPE - LEVEL 1)

BIOGRAFI ABDUL RAHMAN BIN HUSSIN