PLAN PEMBANGUNAN REKREASI PELANCONGAN DESA



PLAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN DESA






Tahun 2020 merupakan tahun perancangan pihak Kerajaan Malaysia dalam mengorak langkah untuk memperkasakan ekonomi negara melalui penjualan produk pelancongan di seluruh dunia, malah melalui Konsulat Malaysia yang berada di luar negara turut berkerja keras dalam memastikan matlamat dan agenda Malaysia memperolehi pulangan keuntungan adalah besar. Banyak penerbangan yang telah diatur malaui MAS dan juga Air Asia dalam usaha memberi lebih assces kemasukan  pelancong  ke Malaysia.

Nanum, lewat hujung tahun 2019, dunia telah digemparkan dengan serangan virus terbaru yang mana ianya bermula disebuh daerah Wuhan China, yang mana hampir seluruh negara mengambil langkah berjaga-jaga dengan menutup semua pintu laluan keluar/masuk bagi penduduk negara dalam usaha membendung gejala serangan virus Coronavirus Disease (COVID-19), dan Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah ini, dan dikhabarkan bahawa pihak pengusaha Hotel, Resort serta agensi pelancongan terpaksa menanggung kos kerugian promosi dan pengiklanan akibat pembatalan penenpahan penginapan yang telah dilakukan kerana dikaurtiri dijangkiti virus COVID-19.

PELUANG PELANCONGAN DESA

Krisis ini telah membuat pihak Kerajaan Malaysia untuk menukar plan stratigik kemasukan pelancongan dari luar negara kepada pelancongan dalam Malaysia dengan memberi pengurangan harga bagi setiap bilik yang telah dibuat pembatalan, dengan harapan ianya dapat menampung kos operasi dan kos promosi yang telah dikeluarkan oleh pengusaha pelancongan.

Dengan kesedaran ini, kita (EscapeZONE Kedah) nampak akan peluang ini dapat digunakan untuk menarik lebih ramai pelancongan dalam negara untuk datang menginap di kawasan sekitar Alor Setar dan melakukan palbagai aktiviti rekerasi yang disediakan di GUNUNG KERIANG, dengan membuka pelbagai aktiviti lain seperti 
  • Berbasikal bendang
  • Aktiviti Mengambil gambar dikawasan sawah dan kampung
  • Aktiviti Tour Cty pada waktu malam
  • Aktiviti Mendaki Gunung Keriang
  • Explorasi Gua Batu Kristal
     
Aktiviti Foto Shoot - Jabatan Kayu Lama


Aktiviti Berbasikal Desa

  


   
Aktiviti Explorasi Gua Batu Kristal

       
Tarikh Jerami Padi

    
Pemandangan Cantik sepanjang Sungai dalam aktiviti berbasikal Desa


 
PLAN KERJASAMA DUA HALA


Kita (escapeZONE Kedah) yakin bahawa GUNUNG KERIANG mempunyai kelebihan yang cukup hebat dari segi kedudukan gunung yang berada hampir dengan bandaraya Alor Setar iaitu jarak 10 kilometer dengan masa 30 minit perlu diambil untuk sampai ke Gunung Keriang, dan ini memberi peluang yang cerah kepada Gunung Keriang sebagai destinasi pelancongan Desa. Melalu plan strategik pelancongan dengan pihak pengusaha hotel kita telah mendapat hampir 8 buah hotel sekitar Alor Setar yang bersetuju untuk menjalinan kerjasama dalam mengkoordinasi pelancongan yang datang bagi penginap di hotel masing-masing dan sementara itu kita di escapeZONE Kedah akan menjadualkan perjalannan mereka bermula mereka sampai sehingga mereka selesai bercuti."

Malah Perkhidmatan ini kita sediakan 3 minggu sebelum menerima para pelancong yang akan datang sekitar Alor Setar dan menginap dimana-mana hotel yang mereka suka dan kita sebagai koordinator akan memberi penerangan perjalanan dalam aktiviti yang bakal berlaku dalam masa mereka bercuti, dengan cara ini kita yakin dapat menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke GUNUNG KERIANG untuk melakukan palbagai aktiviti yang dirancang oleh kami.

Perkara ini telah dibuktikan bahawa escapeZONE Kedah telah menerima tempahan dari pelancongan yang akan memasuki Alor Setar sepanjang tahun ini untuk  menjalankan aktiviti rekreasi di Gunung Keriang, malah kebanyak mereka adalah dari luar negeri Kedah, malah kebanyak adalah daripada Lembah Klang, Sabah, Sarawak dan juga Pelancongan asing dari Indonesi dan Singapura.

HARAPAN DAN IMPIAN

Kita berharap agar plan stratigik ini dapat diguna-pakai untuk merangcangkan lagi pertumbuhan ekonomi desa di Gunung Keriang dari segi perniagaan makanan, pengianapan INAPDESA, jurupantu Gunung, perkhidmatan dan lain-lain. Kita mengsasarkan bahawa pada tahun 2030 Gunung Keriang akan menerima kemasukan pelancong melebihi 100.000 orang setipa tahun dan ini dapat dicapai melalui jalinan kerjasama daripada semua pihak penduduk kampung, jawatankuasa kampung , pihak Kerajaan melalui BPEN dan juga Kementerian Pelancongan Malaysia sendiri.


Sememangnya Gunung Keriang cukup unik jika dilihat akan kemampuanya untuk menarik ramai pelancongan untuk datang kesini. Insya ALLAH pada masa akan datang kita akan kupas permasalahan yang perlu dilakukan dalam usaha menaik-taraf industri pelancongan disini.

Semoga usaha murni kita semua ini mendapat restu dari semua pihak yang bakal terlibat demi mengubah corak landskap Gunung Keriang sebagai lokasi menarik pelancongan desa.. Insya Allah

 

   
Abdul Rahman Hussin
Pengarah
RHUSMA Group

 03032020 |1455H























Comments

Popular posts from this blog

PERNAH KERJA AWET MAYAT

KURSUS TALI ARAS TINGGI (HIGHROPE - LEVEL 1)

BIOGRAFI ABDUL RAHMAN BIN HUSSIN